Friday, October 1, 2010

-CERITA TENTANG NEGERI SEMBILAN-

                             Bendera dan lambang Negeri Sembilan











Peta Negeri Sembilan dan Daerah-Daerah









LAGU NEGERI SEMBILAN

BERKATLAH YANG DIPERTUAN BESAR DI NEGERI SEMBILAN
KURNIA SIHAT DAN MAKMUR
KASIHI RAKYAT LANJUTKAN UMUR
AKAN BERKATI SEKALIAN YANG SETIA
MUSUHNYA HABIS BINASA
BERKATLAH YANG DIPERTUAN BESAR
DI NEGERI SEMBILAN






ISTANA SERI MENANTI








YANG DI PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN










MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN







NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

  • Adalah sebuah negeri yang terletak di Pantai Barat Semenenjung Malaysia.
  • Negeri Sembilan berpersempadankan Selangor di Utara , Pahang di Timur , Johor di Tenggara , Melaka di Selatan dan Selat melaka di Barat.
  • Negeri Sembilan terbahagi kepada 9 Luak iaitu Jelebu , Inas , Johol , Rembau , Sungai Ujong , Tampin , Jempol , Ulu Muar dan Gunung Pasir.
  • Selain Seremban, bandar-bandar utama yang lain di Negeri Sembilan ialah Seri Menanti , Gemas , Kuala Kelawang , Lukut , Gemanceh dan Port Dickson.
  • Negeri Sembilan juga terkenal dengan masyarakat melayunya dengan kesenian Randai dan Bongai.
  • Jumlah keluasan Negeri Sembilan diangarkan 6645km^2.
  • Angaran penduduk di Negeri Sembilan adalah 1033013 penduduk.
  • Huruf pertama di plat adalah N.
  • Negeri Sembilan juga merupakan kawasan perlancongan yang popular dan mendapat tarikan daripada warga asing untuk melancong.
  • Kawasan-kawasan yang menarik adalah seperti Port Dickson , Ulu Bendul , Muzium-muzium , Gunung Tahan dan lain-lain lagi.






  • Negeri Sembilan juga mengamalkan adat perpatih di negerinya selapas kedatangan orang Minangkabau di negerinya.
  • Adat ini masih ada sehinga sekarang. Peribahasa " biar mati anak jangan sampai mati adat" amat sinonim dengan pegangan adat ini dan adat ini lebih memberi kelebihan kepada kaum perempuan.


ASAL USUL NAMA NEGERI SEMBILAN

  • Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan  negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaituSegamat.
  • Segamat kini menjadi sebahagian dari Johor, manakala Naning pula menjadi sebahagian dari Melaka dan Rembau , Sungai Ujong , Johol dan Jelebu kini adalah sebahagian dari Negeri Sembilan dan Kelang menjadi sebahagian dari Selangor dan Hulu Pahang dan Jelai kini sebahagian dari Pahang.
  • Saiz Negeri Sembilan juga lebih kecil berbanding dahulu.





Penduduk Asal dan Penghijrahan Orang
Minangkabau  Di Negeri Sembilan


  • Pada asalnya , Negeri Sembilan didiami oleh orang-orang asli yang terdiri dapipada suku kaum Sakai , Semang dan Jakun.
  • Mereka hidup secara nomad , memburu , mengutip hasil hutan dan ada yang sudah mula bertani.
  • Pada abad ke-14 masihi orang-orang dari Sumatera dari Tanah Minangkabau mula tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai di Rembau.
  • Orang minangkabau yang lebih bertamadun dari orang asli yang ada ini dapat memujuk hati orang-orang aski di Negeri Sembilan.
  • Disebabkan ini , berlakulah konsep amalgamasi iaitu kahwin campur atau dikenali sebagai periuk cair.
  • Keturunan-keturunan campuran ini telah diberi nama suku kaum biduanda.
  • Suku biduanda adalah orang asal di Negeri Sembilan.
  • Pemimpin-pemimpin Negeri Sembilan juga dipilih daripada suku biduanda ini.
  • Daru suku biduanda ini lah munculnya pembesar-pembesar di Negeri Sembilan yang dipanggil PENGHULU dan kemudiannya UNDANG.
  • Sebelum wujudnya Yang Di Pertuan Besar , Negeri Sembilan adalah di bawah naungan Kesultanan Johor.
  • Kesultanan johor juga yang telah memberi gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
  • Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung,Minangkabau pada tahun 1773 memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan.
    Uniknya, raja di Negeri Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar negeri dari Pagr Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan.
  • Sebab itulah raja tidak digelar sultan tetapi memakai gelaran Yang di-Pertuan atau Yamtuan.
  • Sedangkan di semua negeri di Melaysia dan Brunei mengunakan gelatan Sultan atau Raja.



KERAJAAN DI NEGERI SEMBILAN


  • Yang di_Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah merupakan Ketua Prlembagaan Negeri.
  • Di bawah perlembagaan negeri , kuasa meluluskan undang-undang adalah Dewan Ungandan Negeri.
  • Ahli Dewan Undangan Negeri terdiri daripada calon-calon yang memenangi pilihanraya di kawasan Dewan Undangan masing-masing.
  • Parti Politik yang memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri barhak  dicalonkan menjadi Menteri Besar  Negeri Sembilan yang dilantik yang di-pertuan Besar.
  • Menteri Besar kemudiannya akan melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan atau EXCO.
  • EXCO ini adalah dari ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.



ADAT YANG DIAMALKAN DI
NEGERI SEMBILAN


  • Adat yang diamalkan di Negeri Sembilan adalan Adat Perpatih.
  • Adat perpatih berasal dari Tanah Minangkabau,Sumatera.
  • Adat ini diasaskan oleh Dato'Perpatih Nan Sebatang.
  • Tiada tarikh yang tepat bila adat ini telah diwujudkan , tetapi di Semenanjung Tanah Melayu Adat Perpatih telah dibawa pada abad ke-14 masihi.
  • Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan yang utama iaitu Perut , Suku dan Luak.
  • Perut adalah unit sosio-politikyang terkecil dimana dianggotai dan berasal dari moyang keturunan perempuan yang sama.
  • Mereka ini sangat rapat dan selalunya tinggal di perkampungan yang sama atau kawasan yang sama.
  • Setiap perut diketuai oleh seorang yang bergelar Buapak.
  • Buapak dipilih oleh anak-anak buah di dalam sesuatu buah perut berkenaan.
  • Suku dibentuk daripada beberapa perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakan besar.
  • Suku diketuai oleh seorang ketua yang digelar DATO' LEMBAGA.
  • Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat dimana ada 4 luak yang utama iaitu Rembau , Sungai Ujong , Johol dan Jelebu.
  • Setiap Luak diketuai oleh seorang Undang.
  • Selain dari 4 Luak yang utma Luak kelima adalah Luak Tanah Mengandung.
  • Luak Tanah Mengandung terdiri daripada lima Luak kecil di Seri Menanti iaitu Luak Inas , Luak Ulu Muar , Luak Gunung Pasir , Luak Terachi dan Luak Jempol.
  • Setiap Luak kecil ditadbir oleh seorang ketua iaitu Penghulu Luak.
  • Adat Perpatih ini diwarisi dari ganerasi ke genirasi melalui kata-kata perbilangan.
  • Ia merangkuli pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka , pemilihan pemimpin , hukum nikah kahwin , amalan bermasyarakat , sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau yang melakukan kesalahan lain dand dari pelbagai aspek lagi.
  • Dalam aspek pemilihan pemimpin ada yang menyamakan sistem Adat Perpatih dengan amalan demokrasi.
  • Contohnya perlantikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dimana bukannya melalui keturunan dari bapak ke anak tetapi adalah melalui pemilihan Undang Luak yang 4 iaitu Undang Rembau , Undang Sungai Ujong , Undang Johol dan Undang Jelebu.




PRINSIP-PRINSIP ADAT PERPATIH


  • Keturunan dikira melalui nasab ibu.
  • Tempat perkahwinan adalah di kawasan ibu isteri.
  • Perempuan mewarisi pusaka lelaki menyandang saka.
  • Perkahwinan sesuku atau seperut dilarang.
  • Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku.



RUJUKAN


-http://ms.wikipedia.org/wiki/Adat_Perpatih